???? SELAMAT DATANG KE KELUARGA BESAR @PerSeS ????
21 September 2026 | Isnin
Perhimpunan rasmi SMK Pernu pada pagi ini mencatat satu lagi detik bermakna apabila seluruh warga sekolah menyambut kehadiran Pengetua Baharu SMK Pernu, Encik Rizal, yang diiringi barisan pentadbir memasuki perhimpunan. ????✨
Perhimpunan turut menjadi medan ucapan sulung beliau sebagai Pengetua SMK Pernu, menandakan bermulanya lembaran baharu dalam perjalanan keluarga besar @PerSeS — bersama membawa aspirasi, semangat dan tekad untuk terus membina kecemerlangan.
Suasana pagi turut diserikan dengan simbolik potongan kek sempena ulang tahun kelahiran Encik Rizal yang jatuh pada bulan September. ???????? Sederhana tetapi penuh makna, sebagai tanda ingatan dan ucapan selamat datang daripada seluruh warga sekolah.
Semoga kehadiran beliau membawa nafas dan semangat baharu, serta memperkukuh kebersamaan seluruh warga SMK Pernu dalam Bersama Membina Generasi Madani.
???? Selamat datang, Encik Rizal.
Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar @PerSeS.
Dan selamat menyambut ulang tahun kelahiran! ????????
@PerSeS #inspiringexcellence