???? MAKLUMAN SEGERA | PENUTUPAN SEKOLAH PADA 14 OKTOBER 2026 (RABU)
Perhatian kepada semua ibu bapa, penjaga dan murid SMK Pernu.
Berdasarkan makluman yang dilampirkan, sekolah ditutup pada 14 Oktober 2026 (Rabu) berikutan keadaan jerebu dan bacaan IPU melebihi 150.
???? Pembelajaran diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Semua murid diminta menyemak makluman dalam kumpulan kelas, mengikuti arahan guru dan menyiapkan tugasan yang diberikan.
Kerjasama ibu bapa dan penjaga amat dihargai bagi memastikan anak-anak terus mengikuti pembelajaran di rumah.
Sila rujuk makluman rasmi yang dilampirkan dan ikuti perkembangan melalui saluran rasmi sekolah.
Sekolah ditutup, pembelajaran diteruskan. Jaga diri dan kekal selamat.
#SMKPernu #PdPR #MaklumanSekolah #InspiringExcellence