• Main
  • News

???????????? CERAMAH MAULIDUR RASUL DAN KEMERDEKAAN ????????????

Pada 19 Ogos 2026, warga SMK Pernu telah mengikuti Ceramah Maulidur Rasul dan Kemerdekaan yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Fadhli bin Husin, Imam 2 Masjid Jamek Al-Hidayah, Melaka merangkap Guru Takmir JAIM.

Program turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh murid PPKI, persembahan nazam serta selawat beramai-ramai. Semoga pengisian ini dapat menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW, memperkukuh semangat patriotisme dan membentuk generasi yang berakhlak mulia serta cinta akan negara. ❤️

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah jemputan, barisan pentadbir, guru, urus setia dan semua murid yang menjayakan program ini.

Berselawat, Menghayati Sirah, Menyemarakkan Cinta kepada Negara.

#SMKPernu
#PerSeS
#InspiringExcellence
#MaulidurRasul
#BulanKebangsaan2026
#MalaysiaMADANI


About Us