• Main
  • News

???????? PROGRAM SEMARAK MERDEKA: JEJAK WARISAN BANGSA ????????

Pada 5 Ogos 2026, Pusat Sumber Ibnu Firnas, SMK Pernu telah menganjurkan Program Semarak Merdeka: Jejak Warisan Bangsa dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Bidang Kemanusiaan SMK Pernu.

Program yang penuh bermakna ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, antaranya:

????️ Ceramah Kemerdekaan
???? Bengkel Permainan Tradisional Konda Kondi
????️ Pameran PERZIM di Pusat Sumber Ibnu Firnas

Program ini memberi peluang kepada murid untuk menghayati erti kemerdekaan, mengenali sejarah negara serta menghargai perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu. Aktiviti konda kondi pula memperkenalkan warisan permainan tradisional yang menyemai semangat kerjasama, kreativiti dan kecintaan terhadap budaya bangsa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak PERZIM, barisan pentadbir, guru-guru, murid-murid serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Kenali sejarah, hargai pengorbanan, bina masa depan! ????????❤️

SMK Pernu @PerSeS
#SemarakMerdeka2026
#JejakWarisanBangsa
#PERZIM
#PSSIbnuFirnas
#SMKPernu
#PerSeS
#inspiringexcellence


About Us