Isnin
16 Mac 2026
Perhimpunan Kokurikulum pada minggu ini telah diserikan dengan persembahan istimewa daripada ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Para ahli KRS telah mempersembahkan persembahan yang menarik dengan penuh semangat dan kreativiti, sekali gus memeriahkan suasana perhimpunan. Persembahan tersebut bukan sahaja menghiburkan warga sekolah, malah menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dan kegembiraan Syawal.
Usaha dan komitmen ahli KRS dalam menjayakan persembahan ini wajar dipuji kerana mereka berjaya menampilkan bakat serta keyakinan diri di hadapan warga sekolah.
Semoga aktiviti seperti ini dapat terus memupuk semangat kerjasama, disiplin serta menghargai kepelbagaian budaya dalam kalangan murid.
#SMKPERNU #kokurikulum #InspiringExcellence Shunita Hazli