Simpan satu di sini sebagai untuk dikenang nanti.
Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Sesi 2025 SMK Pernu @ PerSeS #inspiringexcellence
Majlis penuh bermakna ini telah berlangsung pada Jumaat, 18 April 2025 bertempat di Dewan Al-Khawarizmi SMK Pernu, dan telah dirasmikan oleh En. Zulhijri bin Sabtu, Ketua Penolong Pengarah, Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Majlis ini diadakan bagi menghargai dan meraikan pelantikan barisan pemimpin murid sesi 2025 serta memberi suntikan semangat kepada mereka untuk terus menyumbang secara aktif dalam kepimpinan sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Semoga para pemimpin murid terus melangkah gagah sebagai individu yang berwibawa dan berketerampilan.
#cikgubiasa #bukansekadarmengajartulisbaca
#PemimpinMuda
#youngleadership
#WatikahPelantikan2025 #MalaysiaMADANI