
Kad Raya Terakhir
Ayu kecewa apabila semua kad raya di kedai Pak Hassan habis dijual. Dia sangat ingin menghantar kad kepada sahabat baiknya, Ila, yang sudah dua tahun berpindah ke Kedah. Dulu, mereka selalu bertukar kad setiap kali Aidilfitri.
Di rumah, Ayu termenung sambil membelek kad lama daripada Ila. Rasa rindu semakin menyesakkan dada. Tiba-tiba, dia mendapat idea—dia akan menulis surat sebagai ganti kad raya! Dengan penuh semangat, Ayu menulis ucapan ikhlas, memohon maaf kerana tidak dapat menghantar kad sebenar, dan menyatakan betapa dia merindui Ila.
Beberapa minggu kemudian, Ayu menerima balasan surat. Dalamnya tertulis, "Surat kau lebih bermakna daripada kad raya! Aku pun rindu kau sangat. Terima kasih kerana masih ingatkan aku." Ayu tersenyum. Walaupun tanpa kad raya, persahabatan mereka tetap utuh.
------------------------------------------
POSTO! POSTO!POSTO!
Jangan jadi seperti Ayu,
Cepat ke PSS SMK Pernu @ PerSeS #InspiringExcellence untuk menghantar kad raya kepada sahabat dan guru-guru anda!
Ramai yang sudah! ANDA BILA LAGI?
Update terbaru daripada GPM Cikgu Nur Farhannis Bahari , hanya berbaki 200 kad sahaja dan hampir 400 kad telah terjual.
Jom! Jangan lambat
Selamat Hari Raya semua!
#lamanrasmismkpernu
#guruberkarya
#CikguBiasa
#bukansekadarmengajartulisbaca
#iloveteaching
#lifeasateacher