
MAKLUMAN HARI KOKURIKULUM DAN HARI KANTIN SMK PERNU
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pernu akan mengadakan Hari Kokurikulum dan Hari Kantin seperti ketetapan berikut:
Tarikh dan Masa:
5 NOV 2024 (TERBUKA UNTUK ORANG RAMAI)
8:00 PAGI - 2:00 PETANG
6 NOV 2024 (UNTUK WARGA SMK PERNU SAHAJA)
8:00 PAGI - 10:40 PAGI
Tempat : SMK Pernu, Melaka
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput ibu bapa/penjaga yang berkelapangan bagi memeriahkan program nanti. Sistem jualan adalah berkonsepkan jualan kupon yang berharga RM10:00 setiap set. Bagi pembelian kupon sebanyak RM20 (sekali pembelian )layak menyertai cabutan bertuah.
4. Murid-murid boleh membuat pembelian kupon dengan guru kelas masing-masing bermula 29 Oktober 2024 dan akan mendapat kupon pada 5 Nov 2024 (Selasa).
5. Sebarang maklum balas atau pertanyaan lanjut boleh disalurkan kepada Guru Penyelaras Program, Puan Tg Mira Mirza binti Tengku Fatimi, di talian 013-8331808.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA”
“BIJAK LAKSANA TUAH,BERANI LAKSANA JEBAT”
“SAHSIAH TERPUJI, INSAN BERKUALITI, LONJAK PRESTASI”
Saya yang menjalankan amanah,
(PN HJH ZOLIANA BINTI BERAN)
Pengetua,
SMK Pernu,
Melaka.